Rabu, 24 Februari 2010

BRACELET & BROOCH MADE IN KOREA


Sekarang hubby dah mula kuliah untuk minggu ketiga... cepat rasa masa berlalu. Bila hubby dah mula bz blajo....teman pun kenalah bz kan diri dengan aktiviti yang mendatangkan faedah selain menjaga rumahtangga.
Aktiviti yang teman dah aktifkan semula of course lah bisnes kecil-kecilan teman menjual aksesori korea nii..
Kat sini teman uploadkan gambo-gambo yang teman dah upload juga kat fb. Mudah-mudahan ada yang berkenan nak membeli aksesori yang teman jual ni...
MARI KAKAK, MARI ADIK, MARI MAKCIK, MARI ABANG, MARI PAKCIK, KITA BORONG BROOCH DAN BRACELET.....HARGA MURAH-MURAH... FREE DELIVERY.. ADA DISKAUN LAGIII.....

 KOLEKSI BRACELET








KOLEKSI BROOCH


































Sabtu, 20 Februari 2010

CITER ARI INI...

Pagi tadi adik dah ke Australia...waktu ni maybe dah sampai queensland... Hope adik selamat di sana n semoga pelajarannya akan success. Jaga diri bebaik yer adik.
Petang plak kitorang bawa Iman Hakimi dan Iman Nasuha g playground. Dah lama teman tak pakai kasut biasa sejak winter ni. Slalu layan boot. Tapi sebab semalam snow dah tak turun, tengok cuaca pun dah 7celcius... pakai kasut biasa tu jelah. Skali sampai playground tengok masih banyak snow daaa.... Terasa-rasa kaki ni sejuk dan mulalah rs nak kejung. gggrrlll. Sempat lagi main perang snow ball anak beranak. Iman suka betul sapu snow kat jacketku...habih jaket gelap tu jadi putih. dah tu bila cair...basah jadinyaa.... Tapi sebab nak enjoy n layan anak-anak...memang layaaaannn jelaaa... sronok main kejar-kejar anak branak ni. Nasuha terpacak jer sebab susah nak gerak atas snow....licin.
Bila dah penat...on d way balik singgah roti boy..layan roti boy panas + espresso + choco.. dikala suhu sekarang ni...memang nikmatnyaa... Alhamdulillah...

Isnin, 15 Februari 2010

SEOULLAND..WEEKEND YANG SYIOK....

Weekend ni memang syiok. Hubby cuti panjang sebab lunar year sampai ari senin. Then selasa hubby cuti lagi sempena penubuhan KAIST. Bila cuti panjang macam ni, jadual jalan-jalan mesti kena ada punyaa....yahuu.... Plan A: Hari sabtu nak g seoulland. Skali snow turun dari khamis tak berenti sampai pagi sabtu tu. Walaupun snow turun banyak ari, tapi sebab renyai. takdelah bertimbun-timbun macam sebelum ni. So, kena guna Plan B sebab kalau g time snow ni...kurang aktiviti yg dapat dilakukan. Kalau kat Malaysia tu kiranya macam time hujan laa...  So, hari Sabtu tu just jalan-jalan ke shopping kompleks n bawak anak-anak main kat indoor playground. Masa dah nak sampai umah tu, snow dah berenti, bawak plak g playground dekat dengan umah. sempat gak main perang-perang snow ball anak beranak. hihi...
Hari Ahad baru g seoulland. dari rumah lebih kurang sejam setengah naik subway. Sampai sana lebih kurang jam 11 pagi. Kagumnya masa tu bila keluar-keluar dari subway stesyen tu, tengok pemandangan gunung ganang n kawasan lapang yang dilitupi salji. Subhanallah.





Jalan kaki lebih kurang 10 minit, sampai ke stesyen tram untuk ke Seoulland. Dari situ, kalau nak jalan kaki ke seoulland pun boleh. Tapi bila dengan anak-anak ni, jadi lenguh kaki kalau baru jalan sket pastu dah minta gendong. So, baik naik tram jelah. bayaran pun tak mahal.
kat depan stesyen tram.

menghayati pemandangan dari atas tram


Akhirnya sampai kat Seoul Land.










Biasa dengar 3D..tapi kali ni 5D show...


nasuha nangis...takut naik berdua jer dengan abang...at last..abang naiklaa sensorang. bila abang dah sorang, half way...abang pun menangis gak...hahaha....




merempit??







Kat bawah : must see(^-^)



Esok nak g mana ek?? fikir dan terus berfikir....ahaks...