Ahad, 27 September 2009

AIDILFITRI DI PERANTAUAN


Syukur kehadrat Ilahi..telah pun masuk 8 Syawal harini. 1 Syawal tahun ni lebih seronok dan meriah berbanding tahun lalu, mana taknya..hari raya jatuh hari ahad, so, hubby takde kelas. Tak macam last year, hubby pagi-pagi lagi dah kekelas, so, aku dan anak-anak jerlah duk kat rumah. huhu.. Walaupun tak boleh menandingi jika bersama keluarga tercinta, tapi takpeelaa...telefon dan internet kan adaa..(ayat penyedap)

Seawal jam 5.30 pagi dah bangun dan bersiap-siap menunaikan yang fardhu dan sunat. Then settlekan anak-anak. Awal arini diorang kena bangun. kesianlah aaiii...


"meh ibu betulkan sampin tuu.."

Jam 7.30 pagi keluar umah menuju ke embassy sebab tahun ni ada buat sembahyang sunat aidilfitri di embassy. Jam 8 pagi dah sampai. Rupa-rupanya sembahyang sunat akan bermula jam 9 pagi. Patutlaa waktu kitorang sampai, masih lengang lagi.

 
Banner Hari Raya Upin & Ipin.


Jengah kuih raya import duluu..


Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar.....

Memang ramai warga Malaysia yang sama-sama meraikan. Seronok dapat jumpa kenalan lama dan baru. Juadah punn..macam-macam adaaa... Puas menjamu selera pagi tu. Tapi kuih raya yang kujengah tuu...satu pun aku tak rasa..huhu... masa wat entry ni baru prasan...kuang kuang kuang...





Jam 11 lebih kitorang balik rumah bersama-sama dengan tetamu kitorang iaitu Akma, Basz, Nad n Aya. Ni kiranya open house kitorang ler ni. hihi.. Sempatlah jamu diorang makan nasi impit, ketupat palas, rendang, lodeh, kuah kacang, ayam masak merah dan serunding(segera punya~k.ina pos aritu). Then ada gak 5 jenis kuih raya. vavava...hebat gak tuu..1 jer yg wat sendiri...iaitu mini popia...hikhikhik.




Ni masa nak balik dah...
L-R : Nad, Akma, Basz, Aya

Petang tu plan nak ke Rumah Malaysia (kediaman rasmi TYT Dato' Duta) Tapi lepas tetamu balik tu..rasa macam dah penat sangat. Lelapkan mata gak...dapatlah 10 minit. Rasa liat sungguh nak bangun, tapi sebab duk pikio, Insya Allah tahun depan dah raya kat Malaysia, so, gagahkan gak. Last year tak dapat ke Rumah Malaysia sebab takde duta. So..inilah peluang yang takmo dilepaskan. Iman & Nasuha lagi kesian, kena paksa bangun. Nasib baik tak meragam. Thanx to Abg Azam yang sudi menumpangkan kitorang ke sana. fuuhh...kalau xde orang tumpangkan..memang sadis nak nyampai ke Rumah Malaysia tuu... Nuuunnnn jauh di atas bukit.


Tengah melayan putera & puteriku..


Bersama Duta (Dato' Ramlan) & Isteri (Datin Hapipah)




Ada bunga dikalangan kumbang





Sempat posing dalam Rumah Malaysia

Then, Jumaat kelmarin, En. Hanisan(Pegawai JPA) wat open house. Thanx to En. Hanisan sekeluarga yag sudi menjemput dan menjamu kitorang dengan juadah yang sedappp. Masa g open house ni, kitorang semuanya menggayakan baju raya hadiah dari Kak Ila & Family kecuali Nasuha sebab bajunya beso sket. tapi dalam gambo kat atas sekali tu..Nasuha dah bergaya sakan kat umah dengan kebaya tu. Tahun ni 2 baju raya kaler hijau. Ku lihat hijau...hihi.


Makan soto...




Seperti biasa..layan anak daraku...


Seronok berborak dengan tuan umah




Iman & Nasuha dengan puteri-puteri En. Hanisan

Setakat ni dulu kisah di bulan syawal. Kalau ada yang menarik lagi, akan dimasukkan kendian noo.... Syawal pun tak abih lagi. Semoga syawal tahun ni, dapat disempurnakan dengan puasa sunat 6 dan pastinya...Aidilfitri di sini akan sentiasa diingati.

Isnin, 21 September 2009

BINGKISAN KEDUA

Alhamdulillah, best plak rasanya duk diperantauan ni. Bila sampai time nak raya, ramai yang ingat nak kirim bingkisan raya. Pagi tadi parcel dari Mak Teh selamat sampai. Imanlah yang syok selalu. Dapat banyak kuih raya. Meriah raya tahun ni. Syukur sangat.


Posing dengan parcel dulu..


Iman excited nampak bahulu. His feveret kuih.


Duit raya pun dapat gak.

Rasa-rasanya Iman ni memang klasik..hihi. Minat sungguh dengan kuih-kuih tradisional. Terus disuruh buka dodol yang dikirm. Nasib baik bahulu aritu ada lagi sket. Kalau tak..kompom bahulu tu pun dia suruh buka. Sebenarnya ada gak dapat jajan gegula dalam parcel kali ni. Tapi tak pula dia minta buka gegula tu. hihi...
Terima kasih buat Mak Teh n mak abah kat kampung yang sentiasa mengingati kami di sini.

Rabu, 16 September 2009

NASUHA OH NASUHA..

Sebelum ni dah citer kisah Iman Hakimi. Kali ni terasa nak citer sket pasal anak daraku ini pulak, Iman Nasuha. Usia yang menginjak ke setahun lima bulan, rasanya macam orang beso jer budak sorang ni...mana taknya...banyak betul ilmu yang dia dapat dari abangnya. Pastu yang tak diajor pun pandai dibuatnya. Kengkadang abangnya plak yg ngikut. Seronok layan karenah sicomel ni.
Sekarang ni pantang nampak kamera, ada jer aksinya. Pastu susah betul nak pujuk kalau nak dapatkan semula kamera kalau dia dah mula pegang.
Ada sekali tu... masa tu mok ayoh dia tengah khusyuk dengan laptop, pastu dengar Nasuha sebut "smile...smile". banyak kali gak...memula tu macam tak terpikir apa-apa pung...rupa-rupanya dia tengah menggayakan dslr kat dalam bilik sengsorang..huhu...luluh jantung maaa..... kalau kamera lama tu tak risau sangat...ekekeke.
Nilah sicomel pandai bergaya nii...
Satu lagi aktiviti....panjat TV.

Ahad, 13 September 2009

SATU HARI JER??

Ini kisah kuih raya daaa. Hari tu kan baru dapat parcel dari kak Ina. ada serunding daging sekali. So, dipendekkan citer, hubby bg cadangan untuk wat mini popia. selepas subuh kitorang berdua telah mengerjakan sebungkus kulit popia demi mencapai cita-cita hubby. Waktu ni kan senang nak wat keje tanpa gangguan sicomel 2 orang tuu.
Hubby tengah khusyuk.
Tadaa...inilah hasilnya.
Petang tu, waktu masak juadah untuk berbuka puasa, gorenglah sekali mini popia tu. Lepas tarawih konon-konon jamahlah sikit. Iman pun memula macam tak minat. Sekali bila dah makan 1-2 ketul, terus takmo stop. ayooo...1 balang tu trus abis waktu tu gak. siap request nak lagi...mana mau cari maa. kulit popia takde dah.
So, semalam, beli lagi 2 bungkus. Tapi dah bajet-bajet ni, kalau tunjuk kat Iman pun sikit jer. Kang kalau dia dah mangadap, bukan dia sorang jer tak boleh stop, dengan kitorang-kitorang skali tak boleh nak berenti selagi tak habis.huhuhu...

Khamis, 10 September 2009

KUIH RAYA...YAHUUUHUHUHU

Gumbira sungguh kami sekeluarga...wak posto aritu slamat membawa bekalan sempena hari raya untuk kitorang. Masa tu jam baru kul 11 pagi. Hubby ada kuliah pagi tu. Kesian Iman, penat tunggu abahnya balik sebab nak ajak sama-sama buka parcel. Letih nak nunggu sampai kul 1 tuu.. Sikit-sikit wrapper tu dikoyakkan. dan akhirnya, bila abahnya sampai...apo laie...dirasmikanlah parcel tersebut.. dan isi di dalamnya yang mana boleh dingap dulu telah pun selamat dingap oleh Iman dan Nasuha. Thanx to Kak Ina yang bersusah payah menghantar bekalan untuk kitorang. Kuih oat yang Kak Ina buat tu kompom sedap punyaalaa... tak sempat nak makan lagi sebab banyak sangat makanan la ni. Alhamdulillah...
Tengoklaa apa dah jadi kat parcel tu...
Happy betul Iman. Kuih feveret dari kecil....bahulu...
Benda wajib ada....susu Iman..huhu..

Isnin, 7 September 2009

IFTAR @ DAESAGUAN

Daesaguan???hihi...maksudnya kedutaan. Sabtu lalu (5 Sept. 09), kami sekeluarga berkesempatan berbuka puasa di sana. Dapat berjumpa dengan ramai warga Malaysia. Seronok sangat. Peluang seperti ini digunakan sebaiknya untuk berkenalan dan bertanya khabar.
Antara makanan ringan yang disajikan sebelum solat maghrib
Beratur nak ambil makanan
Alas perut dulu...
Solat maghrib, isya' dan tarawih berjemaah
Ada juga yang sponsor bunga api. Seronok bebudak...
Sebelum balik, sempat posing dulu depan embassy.
Terima kasih kepada yang sudi menjemput kami dan kepada yang sudi menyediakan juadah berbuka puasa. Semoga ibadah kita diterima Allah Ta'ala.

Jumaat, 4 September 2009

SALAM PERANTAUAN & AIDILFITRI 2009

Kalau dulu aku suka membelek surat khabar kat ruangan salam perantau... kot-kot la ada member yg belajar oversea hantar ucapan raya… boleh gak tumpang rasa gumbira…macamanalah perasaan diorang masatu bila beraya di perantauan… sedih agaknya…Allhamdulillah segala puji bagiMu ya Allah kerana aku diberi kesempatan pula untuk menikmati dan merasai pengalaman itu. Seronok rasanya bila gambar ucapan raya kitorang terpapar dalam Kosmo, Utusan Malaysia dan Berita Harian. giler glamer betul...huhu..Hantar kat banyak-banyak ni takut-takutlah tak masuk langsung. Last year kitorang sampai sini seminggu sebelum puasa. So, tak sempat nak bergambor kat bumi korea ni. Tu yang tahun ni cuba jaya anto kat semua paper bahasa malaysia tu.
Dapat juga aku sekeluarga kirimkan ucapan kepada ayahanda, bonda, keluarga dan juga kengkawan. Di samping itu, boleh aku mengglamerkan kampung halaman aku…kih kih kih. Walaupun bukan aku yg gi belajar oversea hehehe, tapi dapat juga aku berkongsi pengalaman berpuasa dan menjalani kehidupan diperantauan bersama family tercinta.
Newspaper Kosmo : Thanx to gee hanim yg emelkan gambo ni kat akak.

Rabu, 2 September 2009

KEMBALI KE SEKOLAH

Semalam, 1 September 2009, secara rasminya hubby dah mulakan kelas untuk semester tiga. Pantas betul masa berlalu. Semoga hubby akan terus tabah dalam menyelesaikan misinya di sini dan semoga hubby dapat keputusan warna warna yang berterbangan. hihi...