Ahad, 26 Julai 2009

HUHU...SADISSNYAA DIKUARANTINN..

Baca tajuk pun dah boleh agak kan?? Ni H1N1 punya citer ler ni. Sebenarnya 14-19 Julai yang lalu, kitorang ke Beijing. Pagi 14hb, badan Nasuha dedor plak. Aku dah risau. Kalau g oversea ni, checking H1N1 mmg ketat. So bagi ubat demam. Alhamdulillah ok lepas tu. Sekali flight delay maa.. suhu nasuha naik semula. ubat demam dah masuk kargo. Takut tak lepas kalau masuk beg pack. So..sepanjang nak tunggu flight tu..ulang alik ke toilet jer tuam badan nak bagi ok.
Kesian Iman. Penat tunggu...flight delay.
Bila dah nak naik kapal, sempat pergi tuam lagi. Seperti dijangka, krew kesihatan dah tunggu kat pintu kapal. Alhamdulillah, sebab asyik tuam punya pasal, lepas rintangan pertama. Dalam kapal, suhu nasuha masih tak turun. Puas tuam dengan kain, tapi yelah, setakat tuam air, luar jelah yang sejuk. Bila isi health declaration form, declare semua sihat. hik3x.

Filled up Health Declaration Form.

Bila mendarat jer, sebelum keluar kapal, krew kesihatan China dah ready. Alhamdulillah, lepas lagi. Lega betul rasanya.
Ingatkan dah habis checkpoint. Rupa-rupanya ada lagi daa.. Kali ni dia pakai kamera infrared. So, boleh detect kalau suhu badan tak normal. Toilet sepanjang jalan nak ke checkpoint tu pulak ditutup. Macam tau-tau jer ada orang yang akan menggunakannya kalau dia buka.huhu... Memang seperti dijangka, kitorang ditahan. Ayoyooo.... semakin risau kitorang. Kitorang bukan risau sebab H1N1, sebab dah boleh rasa naluri ni, Nasuha demam biasa jer, tapi kitorang risau sebab kalau dikuarantin, cemanalah citer percutian kitorang ni. Dahlah delay tadi. Pastu kena tahan plak.

Kat bilik tempat check suhu nasuha.

Then nasib baik atas ehsan krew kesihatan tu, kitorang dapat contact tourist guide yg dah letih tunggu kitorang kat airport. Kitorang dimaklumkan, kitorang akan terus dibawa ke hospital.

Ingatkan masa sekolah rendah jer dulu merasa naik ambulance. Tu pun naik sebab kena bawa ke hospital untuk check gigi. hihihi...tak kritikal langsung. Rupa-rupanya merasa lagi naik ambulance. Tapi kali ni kitorang dibawa oleh orang bulan. huhu...mau taknya, dia balut satu badan maa. Tak nampak orangnya langsung. Terasa begitu bahayanya orang yg ada H1N1 ni. Dalam ambulance tu terasa macam VIP bila orang lain semua kena bagi laluan kat kenderaan kitorang. Asal ada kenderaan lain menghalang laluan jer...bunyilah nenoneno dia tuu...hihihi.

Nilah F1 yang kitorang kena naik.

Bila sampai spital, kitorang di bawa ke bilik yang boleh menempatkan 4 katil pesakit. Tapi dia dah tinggalkan 2 katil jer dalam tu. Kiranya bilik dia besolaa. Tapi sadis tul. Toilet xde. yang ada portable toilet bowl. Cemana nak amik air sembahyang n buang air ni. Dahlah bilik tu x boleh kunci dari dalam. Langsir pun xde. ada langsir tingkap jer. Pastu xde aircond or kipas. Huhu...sadis2. So, bila nak solat, hubby pun dgn rasa tak bersalah, bukalah pintu bilik. Fuhh...sepantas kilat nurse tu dah sampai depan bilik suruh masuk bilik semula. Bermulalah kisah yang sadis iteeww. Kitorang langsung x boleh keluar bilik. Kalau nak apa2, just interkom diorang.

Nilah rupa toilet portable tu. Then pintu tulah pintu masuk bilik.

Cemana nak kata nak ambil air sembahyang nii. Depa bukan paham. So, just minta diorang air minum. Huhu..memang sunguh-sungguh air minum diorang bagi. 2 cawan kertas air. haduh2...dugaan betul. Pastu baru teringat masa kat airport tadi krew kat kuarantin check point ada bagi 2 botol air mineral. Kalau naik international flight, kan tak boleh bawa air. So, campur 1 botol air minum Nasuha n Iman, dapatlah 3 botol. Guna botol2 tulah untuk apa2 tujuan sekalipun. Setiap kali nurse masuk, setiap kali tu tanya bila result H1N1 akan keluar. Diorang bagitau paling awal pagi esoknya. Waaaa.... semakin sadis dengar jaminan tu. Tak boleh ker result dapat dalam 1-2 jam.huhu... Tapi nak wat cemana, dah macam tu prosedurnyer..kenalah hadapi.

Tetap nak main walaupun kejap ok, kejap panas. Tingkap belakang tulah satu-satunya ruang yang membekalkan udara kepada kitorang.

Rasanya badan sihat pun boleh jadi tak sihat kalau kena duk dalam keadaan macam tu. Soal makan pulak, nasib baik ada bawa rendang n sardin segera. So, makan nasi yang diorang bagi dengan lauk yang dibawa. Lauk yang diorang bagi tak dicuit langsung. Rasanya 1 jam macam 1 hari. So kalau satu hari tu...macam berhari2 duk dalam bilik tu. Kesian kat Iman. Nasib baik bila terangkan kat dia Nasuha demam, dia boleh faham. Budak beso tu, manalah boleh tahan kalau tak main n duduk berkurung dalam bilik camtu.

Waktu sarapan pagi, dengan harapan result keluar pagi tu.

Budak comel yang dah sihat.

Akhirnya jam 5 petang, setelah menanti dengan penuh kesabaran, baru dapat result yang Nasuha negatif H1N1. Alhamdulillah, bersyukur sangat waktu tu. Rasa bersemangat semula.

Nilah hotel penginapan kitorang di hari pertama.


Kat depan hospital bersama dengan assistant tourist guide yang datang menjemput kitorang.

Walaupun kitorang ditahan, pasti banyak hikmahnya. Hanya Allah yang mengetahui segalanya. Dari hospital, kitorang terus dibawa mengikuti pakej yang telah dijadualkan. Ikuti saat-saat yang menyeronokkan untuk next entry. Kasi korang tarik nafas jap dengan citer pembukaan yang panjang n tak best ni.

Sabtu, 11 Julai 2009

COEX MALL

Lama rasanya tak ke tempat menarik disekitar Seoul. Jadual padat dengan aktiviti luar. Maklumlaa..cuti hubby yang panjang ni, kena guna sebaik-baiknya. Kalau Seoul ni, boleh g weekend jer. So, aritu kebetulan ada rakan kitorang yang datang bermalam dirumah. Kitorang gunakan peluang ni untuk sama-sama ke COEX MALL.
Tempat tujuan utama kitorang ke mall ni adalah untuk ke COEX Aquarium. Punyalah beso mall ni. Dari subway stesyen melalui laluan dalam mall ni nak ke aquarium tu jer…dekat 1 km.
Bersama Akma dan Azmi.








Addicted to PC.



Anakanda nak beli air keee.. nak beli ikan ni.


Keluar dari Aquarium tu kitorang melalui Body Shop. Ayuyai..hubby bgtau aku, lebih kurang camnilah ayat dia “yang, tu body shop”. Hihi…memula jual mahal gak. Aku jawab camni”eh..takpelah yang”. Tapi pastu tukar ayat plak. Ayat seterusnya dah jadi camni “hihi…boleh jugaklah yang”. Dan aku berjaya menambah perbelanjaan hubby untuk hari ituuu. Tu yang bertambah-tambah sayang tuu… echeh..cerita lain plak. Meluat korang baca gamoknyee…
Ok… lepas dah dapat apa aku nak dari body shop tu, kalau diorang ajak balik pun aku tak kisah. Ekekeke... Tapi kitorang just amik-amik gambo kat luar mall tu.
Berlatarkan Glass Tower

Tu jelah kisah di COEX MALL. Selasa ni InsyaAllah nak g over d sea lagi… Doakan kitorang sekeluarga selamat sepanjang percutian ni yer. Amin.

Khamis, 9 Julai 2009

DARI ULSAN KE GEOJE

Percutian kami diteruskan dari Ulsan ke Geoje pada 21 Jun 2009. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam dengan menaiki kereta. Sampai di kepulauan Geoje, kabus tebal menyambut kehadiran kami. Jarak penglihatan hanya lebih kurang 50 meter. Alhamdulillah, lewat petang itu kami selamat sampai ke Geoje. Lepas solat dihotel penginapan tempat Najib berkursus, kitorang ke rumah Jothi (rakan sekuliah hubby di KAIST). Thanx to Jothi yang sudi menyediakan penginapan sepanjang 3 hari kitorang di Geoje.


Didepan apartment Jothi & Philip.


Lepas rehat-rehat sekejap dirumah, kitorang n Fazidah sekeluarga dijemput makan malam di rumah Herman & Azwa. Alhamdulillah, bertambah lagi kenalan kami dibumi Korea ni. So, selama 3 hari di Geoje ni, kitorang memang terlebih makan sebabnya sentiasa dijemput makan oleh mereka sekeluarga. Thanx to family Herman.

Malam kedua, 3 keluarga berkonvoi g makan kat Restoran Uthmania.


Hari kedua, Najib dah mula kursus. So, hubby ler yg drive keta Najib. Tapi sebab hujan lebat, perancangan kitorang untuk ke beberapa destinasi terpaksa ditukar. Dapatlah kitorang ke Museum jer.




Lepas Najib habis kursus dihari ketiga tu, kitorang g ke Park(lupa nama park ni). Pemandangan memang cantik. Cuaca waktu tu pula sangat cerah. Hanya lensa kamera yang mampu menggambarkan kecantikan park ni.









Dah puas menjamu mata, kitorang ke POW CAMP. Camp ni merupakan taman memperingati peristiwa perang antara Korea Utara dan Korea Selatan.




Tahanan perang yg gumbiraa....



Bergambar bersama Fazidah, Najib n their twin.


Tah nak serang saper agaknya...

Kompius budak comel seluar pink tu tengok...


Letih rasanya berjalan sakan sepanjang seminggu ke Ulsan+Busan+Geoje. Tapi memang seronok dan happy. Lagi plak dapat mengeratkan silaturrahim. Sangat berbaloi-baloi.