Selasa, 24 Mac 2009

NGIDAM KER?? HUHU...

Kontroversi betul entry kali ni. Memang pun... aku mengidaaammm.... muahahaha... tapi aku mengidam nak makan Spicy McD, Zinger Burger, Prosperity Burger, Super Supreme, Chocolate Indulgence dan banyak lagilaa yg aku tak boleh nak layan kat sini...harharhar..
Tapi Alhamdulillah, baru-baru ni dapat makan Roti Boy, salah satu makanan yang diidamkan dan dah jumpa pun kedainya kat Itaewon. Dah habis makan pun. Nyum nyum..memang sedapp. Kalau kat Malaysia dulu, pantang lalu kedai rotiboy, mesti nak beli. Iman pun suka makan roti ni. Thanx a lot hubby. muaahhh..hubbylaa yang berjaya menjumpai kedai iniii dengan berkat usahanya yang rajin explore...
Tengok gambo kat bawah nii..

Ada cop Halal Malaysia tuuu...


Sedappnyeee....

Ahad, 15 Mac 2009

ANAKKU IMAN HAKIMI...

Kali ni aku nak cerita skit tentang anak sulungku Iman Hakimi. 11 Mac lepas genaplah umurnya 3 tahun. Semoga Iman jadi abang and anak yang soleh..aminnn. Kekadang tu kesian plak tengok dia sebab takde kawan untuk dia bermain selain adik, ibu n abahnya. Itupun selepas aku melayan si cilik or selepas abahnya balik dari sekolah. Nak dijadikan cerita, kat dalam rumah nilah tempat dia bermain dengan segala macam benda dari LEGO sampailah kotak bungkusan yang kitaorg terima dari Malaysia tu. Box tu digunakan sebaik-baiknya oleh Iman. Dia jadikan lorilaa...then kalau sambung panjang-panjang dengan beberapa box yang lain akan jadi trainlaa...memang asyik kalau tengok dia main. Kadang-kadang dimasukkan Nasuha dalam box yang kecil dan dia tolong tarik. hehe...katanya macam main kat snow.


Adalaa satu hari tu..seperti biasa bila hubby pergi kelas petang, aku akan tidokan Nasuha (sbb mmg dah waktunya dia nak tido) while si Iman dok leka main dengan boxnya. Suddenly, bila aku toleh, tak nampak plak Iman ni. Tapi ada dengar nafas berbunyi. Rupa-rupanya...saksikanlah sendiri...hehe.

Punyalah penat, sampai tertido dalam kotak...

Isnin, 9 Mac 2009

GO GO THUNDER

Entry kali ni dah macam citer kartun la pulak. Tapi bukan citer katun, ini betul-betul. Bukan dugaaaaannn...hehe. Sebenarnya hari sabtu yang lepas, kitorang pergi ke Olympic Stadium Seoul. Alkisahnya hubby dapat tiket free dari kawan dia untuk tengok game basketball. Sooo, kitorang takdelah rasa langsung nak melepaskan peluang tengok game nii.
Maka seperti biasa, public transportlah pilihan kitorang. Memang puas hati beratus-ratus peratus. Cepat dan murah. Kalau train dia tu, dalam 1-2 minit jer beza masa antara 1 train dengan train yang lain. Tapi tetap ramai orang(yang ni jer tak baper nak beshh...hehe). Sebab sistem bagus, semua orang suka guna...yer tak.

Berbalik kepada citer tengok basketball ni. Masa kat Malaysia pun tak pernah tengok game ni. Biasalaa...kalau kat tempat orang tu, pantang ada peluang. Lagipun bukan lama kat sini. Kenalah gunakan sebaik-baiknya setiap peluang yang ada. Rasa enjoy tengok game ni walaupun kitorang tak tahu menahu pun salasilah group yang lawan ni..hahaha. Layan gambo jelah ek. Seperti entry sebelum ini, diingatkan, sila abaikan tarikh yang tercatat digambar. Asyik lupa jer nak setting date semula. ekekkeke...

Kat main entrance stadium.


Proud to be Malaysian (ayat skema bila jumpa bendera Malaysia).



Dah macam salah sorang playerlah plak.hehe.. Ni lah group THUNDER



Tulisan kat belakang tu aku tolong rumikan sket noo.." Seoul Samsung Shondose.. Homgyonggi" Kalau salah pun bukan u all tau kan. hehe..

Kereta ni pun first time jumpa live. Iman kata panjang macam bas.

Rabu, 4 Mac 2009

YAHUU..3 HARI BERTURUT..

Happy sangat-sangat sebabnya Ahad, 1 Mac tu kan besday diriku ini...dah 30 tahun dah umurku.hehe.. Cepat jer masa berlalu..dah semakin pendek usiaku di muka bumi Allah ini. Moga Allah terus merahmati kehidupanku dan keluarga seluruhnya di dunia dan akhirat.Seperti biasa, pergi makan kat luar untuk celebrate. Besdayku setiap tahun adalah hari yang wajib untuk off daripada jawatan chef.
Kelmarin pulak, 2 Mac, parcel yang dinanti-nanti selamat tiba. Parcel ni berharga sangat sebab ada susu anakanda-anakanda ku. Alhamdulillah, berserta dengan susu, banyaklah juga benda-benda lain yang dimasukkan sekali termasuk cenderamata daripada Mekah(macam-macam adaaa..), maggi dan keropok. Sebenarnya aritu baru jer Uteh kirim keropok sebab first delivery aritu tak sempat beli keropok ikan. Bila Uteh hantar, bukan keropok ikan jelah yang sampai...keropok bukan ikan pun ada..hehe. Tapi dah tinggal sebungkus jer stok. Tu yang bertambah happy bila parcel kali ni sampai, sebab keropok ikan pun dikirim jugak kali ni, dan seperti yang dijangkakan, bila minta 1 dapat 2, bila minta 2, dapat ompek.... seronok.. seronok. Terima kasih kat abang Azam n Azzah sebab bersusah payah memborong sakan untuk kitorang. So, rasa-rasa kalau tak cukup stok lagi, abang azam, mak, ayah or abah nampaknya akan bersusah payah lagi laa sebabnya bulan Jun ni diorang nak datang sini.hehe...


p/s : Sila abaikan tarikh di gambo sebab dah lama tak guna kamera nii...hehe

Ok. Sambung lagi 1 hari happy. 3 Mac pulak. Parcel daripada sahabat karibku, Che La selamat diterima. Spesel nyer pasal parcel ni merupakan hadiah sempena hari lahirku. Che La bagi serunding n bahulu coklat. memang best sangat. Rasa-rasanya tak tahan lama makanan ni..sebab easy digest.. muahahaha...


Sebelum akhiri entry...kitorang nak ucapkan sekali lagi terima kasih banyak-banyak kat semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak di dalam menjayakan entry kali ini.
Sekian....