Sabtu, 24 Januari 2009

SNOW N SNOW (PART II)

Malam tadi decide hari ni nak g jenjalan area seoul town. Tapi sebab pagi ni snow turun lagi, so tukar plan. Suhu kat luar -5. Tengok matahari dah memancar terang. Konon-kononnya nak main snow...tapi sebab kali ni nipis jer snownya..so g atas bukit dengan harapan snow tu tak terusik sangat dek manusia n kenderaan. Tapi sejuknyaaa....dengan angin lagi... huih...kalau kena hiris pisau pun x rasa kot...dah kebas sangat. Bukan hidung jer berair, mata pun mengalir air. Nasib baik air mata yang mengalir tu x bertukar jadi ais. hehe...






Iman lah yang rasa seronok sangat. Sejak sampai Korea ni, kitorang tak pernah jumpa playground. Rupa-rupanya ada kat atas bukit ni. Merasalah juga Iman main slide. walaupun dah kejung2 urat saraf, layanlah juga Iman main. Kesian kat dia, lama dah tak ber'sosial' cara budak-budak ni..hehe...



Jumaat, 16 Januari 2009

SNOW N SNOW..HOHOHO..

Alhamdulillah harini snow lagii... memang ditunggu-tunggu saat ni sebab sebelum ni snow lebat waktu tengah malam.. So, tak boleh nak main. Tapi kali ni bila bangun pagi tengok tengah lebat. Dah tebal dalam 5cm. Apa lagi...semua siap-siap sebab tak sabo nak main snow.


Syiok sangat ler tuu...



snow white n snow man..hahaha...





Nampak maintain jer..Tapi dah kebas 1 badan. hehe..




Sabtu, 10 Januari 2009

ODUSAN UNIFICATION OBSERVATORY

6 Januari yang lalu kitorang ke Odusan Unification Observatory. Actually tempat ni adalah menara tinjau untuk jengok2 North Korea. Kalau-kalau ada sedara mara kat sana, bolehlah tengok dari sini..hehe..
Kitorang ke sana atas pelawaan mentor hubby (Kim). So..of course lah naik kereta Kim. Pelawaan sebegini memang dinanti-nantikan.huhu... Lagi pulak hubby dah nak habis cuti. Kenalah gunakan sebaik-baiknya masa yang ada ni.

Si cilik dua beradik dalam kereta Kim

On d way ke sana.
Setelah sampai..

Berlatarkan bukit bukau kawasan sekeliling.
Tengah teropong sedara ker tu??

Khusyuk Kim menerangkan mengenai model persekolahan di North Korea. Tu ada sorang student duk kat kerusi tuu...hehe

Model dalam rumah diorang.

Sungai ni lah yang memisahkan North & South Korea. Belah merah tu North Korea punya.


Hubby dan Kim bergambar di kereta orang lain..hahaha..(Kereta merah tu Kim suka sangat2)


On d way back, kitorang singgah di Provence Village. Ada macam-macam jenis restoran & masakan kat sini tapi dimiliki oleh 1 owner. Cantik2 bangunannya.





Sabtu, 3 Januari 2009

DONGDAEMUN STREAM

Rasanya dah lama takde entry jalan-jalan dari bumi korea ni. Asyik-asyik promotion brooch..hehe... Agak bz dengan order yang diterima. So, tempat yang sering dikunjungi ialah Namdaemun Market. Terlanjur sekarang ni ada winter festival di Cheonggyecheong Stream (CS), malam semalam kitorang ni dengan penuh bersemangat nak pergi ke situ. Memang cun bila tengok gambarnya kat internet. So, bila dah surf internet camana nak ke tempat tu, kitorang dengan confidentnya naik subway(train). Sekali bila keluar dari stesen tu, kitorang dah macam Lost World of Tambun. Mana taknya, takde langsung signboard yang boleh membawa kitorang ke CS tu. Waduh2... ke kiri salah, ke kanan pun salah, so, redah jelah. At last jalan punya jalan.. sampai ke Dongdaemun Stream(DS). Actually DS ni kitorang dah penah g, tapi tak turun ke bawah. Just tengok dari atas, tu yang bila tak jumpa CS, kitorang menuju ke DS ni. Jenuh gaklah berjalan, rasa nak tanggal kaki. Sebenarnya DS dengan CS ni bersambung, tapi sebab CS ada special event, tu yang nak ke situ. Dahlah sanggup mengharung cuaca -5 celsius nii, tapi takpelah, nasib baik sampai gak DS, yang penting Iman seronok tengok air sungai tuuu...
Ni gambo masa tengah lost...hehe...


Palace ni ada kat junction dekat dengan DS. Tapi tak g dekat sebab dah penat. So, tak tau apa nama palace ni.

Nilah DS yang dimaksudkan.

Yang ni... eden pun x tau apa tah...hehe..


cantik sangat kan


Bila dah penat, balik tu kitorang singgah Coffee Bean. Ingatkan sejuk-sejuk ni pekena kopi panas, sekali beli Ice Blended laaa.... layaannn...