Sejak jadi surirumah sepenuh masa nii, aku rasa banyak juga jenis masakan baru yang telah kucuba. Baru tu maksudnya baru bagi aku ler, sebabnya kat Malaysia dulu,aku selalu gak rasa masakan yang baru, tapi yang baru kat restoran...hehe. Boleh kira baper kali aku masak dalam seminggu, semuanya kerana kekangan masa disebabkan bekerja dan keluarga. Tapi itu bukan 100% alasan aku sebenarnya. Alasan sebenarnya adalah aku ni type yang suka jalan-jalan.
Tak betah rasanya duduk dirumah jee. Wajib bagiku untuk keluar rumah walaupun kengkadang tu xde tujuan. Bila dah keluar tu, adalah tujuannya...huhu
Akibatnya sampai duduk kat Korea ni pun, tiap-tiap minggu kami akan keluar berjalan. Tak kiralah ke mana sahaja pun. Dapat jalan area rumah pun dah cukup baik untukku. Nasib baik takde kereta. Kalau ada agaknya... lagi jauh langkahku ini...
Laa...citer lain pulak...berbalik kepada cerita asal... pasal masak... Disebabkan life aku sekarang ni lebih banyak di rumah..so.. dapatlah aku gunakan masaku dengan mencuba pelbagai jenis masakan.. Setakat ni aku dah berjaya buat nasi beryani, nasi ayam, lontong, soto, mee bandung, mee rebus, spaghetti bolognese... tu kira jenis masakan yang aku rasa masa kat Malaysia hanya dimasak time ada special event...hehe..
Seronok sangat sebab aku dapat prepare sendiri makanan untuk suami dan anak-anakku.. Sekurang-kurangnya...2 tahun ni diorang makan masakan hasil dari air tanganku...
Aku harap balik Malaysia nanti...aku akan terus jadi isteri dan ibu yang rajin memasak..huhu...
Tadi buat kesekian kalinya aku masak sotoooo.....