Jumaat, 31 Oktober 2008

BEKALAN DAH SAMPAI...

Alhamdulillah...yang ditunggu-tunggu kami sekeluarga dah pun sampai. Pastinya yang utama adalah susu Iman. selain tu, aku sempat kirim toner safi (Tokei safi kalau terbaca blog ni..jangan lupa sponsor safi untukku yer). Tak disangka..banyak lagi barang-barang lain yang dikirim bersama dengan barang-barang yang kami pesan termasuk duit raya untuk Iman dan Nasuha. On behalf Iman dan Nasuha "Terima kasih kat atuk, nenek dan mak teh".

Bungkusan yang dinanti-nantikan.



Yahuuu...dapat duit raya....

Terus rasmikan kuih raya...

Rabu, 29 Oktober 2008

KU TUNAIKAN JANJI..

Hari ini..aku paparkan gambar cahaya mataku bersama cenderahati daripada rakan-rakan yang meraikan farewell party untukku di MQA (bukan super impose tau..hehe..). Seperti yang telah kujanjikan, aku membawa gambar mereka ke Korea. Sekurang-kurangnya, gambar mereka dah sampai dulu ke sini. Mudah-mudahan..mereka pula akan ke sini suatu hari nanti. Insyaallah...
Buat Puteri, Kak Zura, Kak Farhanah, Kak Ina, Kak Aida, Kak Rini, Kak Hanis, Gee Ahmad, Gee Hanim, Jai, Kak Su, Izani dan Kak Hajar...(susunan nama tidak membawa maksud apa-apa ekk)...Thank U very very much.



Selasa, 28 Oktober 2008

TOUR d' KAIST

Sudah lama rasanya tidak membuat catatan. Bukan sengaja, tetapi bahan bukti belum cukup..(echeh..macam investigate something pulak)..lagipun melayan karenah buah hatiku..masaku begitu terisi..dan akhirnya...hari ni ada cerita baru untuk dikongsi.
Pagi tadi kami berjalan-jalan sekitar kampus KAIST dengan bantuan tourist guide (En. Pardon Munawar ler tuuu...)hehe...
Comelnya si cilik berselendang...
Selalu kena bawa glove sekarang ni..sejuk..

Bersiar-siar di hadapan KAIST

Sekarang ni tengah autumn. So, dedaunan dah mula bertukar kekuningan. Indah sungguh ciptaan Ilahi...


Berposing di tangga (main entrance to KAIST)



Di sinilah my hubby belajar
Poning kepalo pokcik nak terjemahkan formula kat bolakang ni hah!!..(Oghang nogori...jangan marah nooo...)


Ni bukan kereta kitaorang. Sebelum sampai rumah, sempat berposing kat keta tah saper-saper tah ni. Iman bila nampak kereta macam ni, dia selalu sebut "Macam car abang jee.."(so, berposing la kejap, lepaskan rindu pada keta sendiri..huk3x ).

Sabtu, 18 Oktober 2008

KAK ILA & FAMILY

Yang ni gambar kakak angkat kesayangan kitaorang. Sedondon gitu...kalau kami ada masalah nak melintas jalan, boleh la pinjam baju ye...(zebra crossing)...hehehe, jangan mare ye kak, maaf zahir batin....jasa akak takkan kami lupakan, especially as a matchmaker...opss...pecah rahsia la plak...Semoga kak Ila sekeluarga sentiasa sihat sejahtera dan happy selalu.

Selasa, 14 Oktober 2008

KASIHAN NASUHA

Pagi ni kami semua ke SoonChunnYang University Hospital dengan bantuan Teh. Terima kasih banyak-banyak Teh sebab banyak sangat membantu kami sekeluarga. Tujuan asalnya sebab Nasuha rashes. Dah 2 minggu tak baik-baik. Macam-macam ubat dah sapu. Lagipun cadang nak terus ambil injection untuk Iman dan Nasuha sekali sebab tak lama lagi winter. Rupa-rupanya empat-empat orang kena inject. Tapi Nasuha still tak dapat ubat rashes. Kena set another appointment dengan doktor lain. Doktor tu pulak busy sangat. Next week kena lagi pergi hospital untuk check Nasuha.

Balik dari hospital, my hubby cadangkan p pekena nasi briyani kat Itaewon. Wah!! cadangan yang begitu memberangsangkan. (Takyah masak)... Sekali sampai sana tak jumpa restorannya. My hubby lupa locationnya...So, at last kitorang makan kat Salam Turkish Restaurant. (Ni kalau tokei dia baca blog ni...mau dapat makan free sebulan). Sempat lagi posing kat restoran ni...

Setelah kekenyangan, my hubby nak bayar..tapi cashier kata jangan bayar dulu... Laaa...masalah apa pulak ni... Rupa-rupanya ada dessert... Kuang3x.. So, duduk semula...comel jer dessert nya.... teh dan pie.. (susu tu dapat masa main course, tapi minum sikit jer sebab masam).


Bila dah kenyang, kena tunaikan kewajipan. Di Itaewon nilah terletaknya Masjid Seoul. Mak aii...tingginya nak kena daki. Patutlaa dari jauh dah nampak masjid ni. Mudah-mudahan sesiapa yang berniat baik ke masjid ni diberikan pahala berlipat ganda. Amiin... Kat sini pun kitorang sempat berposing. Hehe....bukan selalu ada peluang nak ke masjid ni. My hubby lainlah....memang tiap-tiap minggu akan Sembahyang Jumaat kat sini.


Sabtu, 11 Oktober 2008

JEMPUT MAKAN..

Raya ke-9...my hubby jemput rakan-rakan se'group'nya datang makan-makan dirumah... ala-ala open house sempena raya laaa..... Pehh...kat Malaysia pun tak penah buat... tetiba kat sini jadi rajin pulak. Nasib baik jemput 7 orang jer..... Memula memang cadang nak jemput lebih...tapi sebab umah "beso" sangat... takut ada plak yg kena duk kat luar umah kang...hehe....

Malam sebelum open house...dah kena buat karipap. My loyal assistant tengah khusyuk membantu.

Sempatlah hidangkan nasi impit, lodeh, rendang, ayam masak merah, kuah kacang, karipap dan tembikai. Iman yang "pemalu"...

Ni lah kawan2 Don...Kathrin (Germany), Marta (Poland), Michele(Mongolia), Jothi (India), Jay, Chang dan Kim(Korea). Kim(disebelahku) tu mentor Don. Banyak sangat membantu dari mula kitorang sampai sini, sampailah sekarang.

Jemput makan semua....Jangan balik karang semua sakit perut sudah....huk3x. Tapi tengok diorang makan memang syok. Diorang kata sedap..haha...takkan nak kata tak sedap kan??..

RAYA OH RAYA...

Sedih rasanya...first time beraya diperantauan... Tak rasa suasana raya pun. My hubby plak tu..ada kelas dr pagi smpi kul 1. Then petang sambung kelas lagi.... Tapi sempatlah gak wat lontong untuk makan dipagi raya tuu.... Sembahyang raya kat sini kul 10.30 pagi....so...semua tak dapat pergi sembahyang raya....

Raya ke 3 ada yang buat open house... kat bawah ni beberapa gambar yang dirakamkan masa pergi open house. Terima kasih buat Keluarga En. Hanisan, En. Zul dan Teh. Seronok dapat rasa pelbagai juadah orang Malaysia.
Posing sebelum pergi beraya....

Bergambar dirumah En. Hanisan(Pegawai JPA) bersama student2 undergraduate tajaan JPA.

Lepas tu sambung beraya ke rumah En Zul (Pegawai MIDA).
Yang ni hari lain, pergi rumah Teh pulak. Tapi tuan rumah takde dalam gambar.

Gambar2 kat bawah ni dirakamkan semasa JPA buat open house di embassy....so...dapatlah jumpa dengan ramai student. Terubat sedikit kerinduan untuk berjumpa kaum keluarga dan rakan-rakan di Malaysia.


Bergambar sekeluarga sebelum ke embassy.

Depan Kolej. Disinilah my hubby belajar...namanya ala-ala..'Kais pagi makan pagi...'Korea Advanced Institute of Science and Technology (KAIST)
Dalam kenderaan rasmi kitaorang...BAS 1215...Iman cukup suka betul naik bas ni...tiap-tiap hari ajak naik bas. Hmmm...apo lagi..dah sampai, makan la...layan nasi beriani dengan ayam dan kambing
Terjumpa pulak Nurul Akhmal..sama-sama mengikuti kursus BTN dengan Don di Ulu Sepri.

Persatuan PUSPANITA...hehe... dari sebelahku,Teh, Kak Ani, Kak Leha dan yang berdiri Kak Kesuma dan along (Anak Kak Kesuma)

Selain dapat makan, dapat tambah kawan. Aini, Ain dan Akma...ala-ala model baju kurung lak.

Jumaat, 10 Oktober 2008

MENDAKI 'N' SEOUL TOWER

13 September aritu kitorang p N Seoul Tower. Tengah bulan puasa tuu...
Ni posing sebelum mendaki. Steady jer kan.

Fuhhhh....berehat kejap..nak sampai ke tower ni kena sambung berjalan kaki lebih kurang 200 meter, sebab kenderaan tak dibenarkan sampai ke atas daaa....nampak macam tak tinggi, tapi letih ooo...

Akhirnyaaa...sampai jugak...

Nampak tak tulisan belakang tu....haa...tu jarak nak ke KL tuuu...4000++ KM nak sampai KL.
Nasib baik bawa bekalan. Kita minum dulu.....

Haaa...kat belakang tu adalah mangga(lock) yang dipasang oleh pasangan bercinta. Ada yang cantik-cantik jugak mangga tu..hehe.. Diorang percaya, selagi mangga diorang bersatu, selagi tulah diorang akan kekal bersama.

Ni kat kubu. Entah...kubu apa agaknya...tak paham tulisan depa.... Masa nak turun tu..tak larat nak jalan dah..so, kitorang naik cable car.